"Nak makan apa?", kawan P mula bicara.
"Tak kisah, apa-apapun boleh!", rakan Q membalas hambar.
Ini bukan kes Q yang tidak boleh buat keputusan; bukan juga seorang yang tak prihatin. Itulah keputusannya: apa yang P pilih, dia akan makan. Dia prihatin sebab tak mahu memeningkan kawan. Hanya yang menjadi persoalan orang yang beri belanja tidak boleh buat keputusan. Lebih tenat lagi, kawan nak belanja ni prihatin rakannya prihatin."Kita nak makan apa ni?".
Tanggap ialah persepsi, Ubah bermakna tidak mahu pada takuk yang sama, Belajar daripada tanggapan dan perubahan
Saturday, 31 August 2013
Friday, 30 August 2013
ALA KADAR
"menurut kemampuan atau kesanggupan", demikian dinyatakan oleh Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ala+kadar). Kalau begitulah keadaan mereka yang menganjurkan majlis,"alah, ala kadar aje!"; ditafsirkan secara umum dikatakan sebagai buat kecil-kecilan, dalam lingkungan bajet, dalam skop yang si penganjur boleh tanggung, bahawa si tuan rumah perlu serius berjimat cermat. Kalau begitulah ungkapannya, boleh tak dikatakan mereka yang berbelanja secara 'sederhana' atau 'besar-besaran', hakikatnya berbuat demikian luar daripada kemampuan mereka?
Thursday, 29 August 2013
LAMPU KUNING
Satu petanda bersedia untuk ... berhenti (begitu menurut pembelajaran pemandu L) atau memecut sebelum naik lampu merah (pemikiran pemandu senior). Seiring dengan perkembangan ini, ada pula lampu isyarat yang menyertakan counter countdown. Lebih membantu kerana lebih tepat dalam persediaan pemandu dan kurang stres kepada mereka. Apanya tidak. Tanpa counter, pemandu perlu mencongak berapa lama warna kuning itu bertahan. Dengan adanya counter, pemandu boleh mengagak berdasarkan perkiraan 4 - 3 - 2 - 1.
Wednesday, 28 August 2013
RUMAH TERBUKA
Open house, kerapkali dianjurkan sempena sesuatu khususnya perayaan. Hari kebesaran, meraikan kejayaan atau kemenangan, hari ulang tahun - kesimpulannya sesuatu yang istimewa. Hakikatnya semua itu berlaku dan dijayakan dalam sekitaran sosial dan interaksi antara individu. Jika demikianlah rupanya kenapa tak dianjurkan rumah terbuka tanpa sempena apa-apa yang special; berikanlah nama sekadar 'Hari terbuka perbaharui persahabatan'.
Tuesday, 27 August 2013
PANGGILAN MESYUARAT
Pelbagai reaksi apabila mendapat pelawaan ini. Mencemaskan? Satu penghargaan? Menyeronokkan? Membosankan? Ringkasnya .... "mengapa saya dipanggil?" Yang pastinya sesi mesyuarat akan merangkum waktu yang agak panjang. Apa yang nak dilakukan dalam waktu itu; khususnya jika sesi mengambil masa yang meleret-leret? Jelas pengurusan masa juga dikaitkan dengan menggunakan masa dengan cara yang terbaik di celah-celah sibuk menjalankan tugas yang lain.
Monday, 26 August 2013
BATU LEBIH BERHARGA DARIPADA EMAS
Tak percaya? Perhatikan, "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; lebih elok di negeri sendiri". Memang tak dinafikan secara stand-alone memang batu nilainya lebih rendah daripada emas. Tapi kalau dilihat secara keseluruhan (mengambil kira pelbagai faktor) ada ketikanya batu lebih mahal drp emas. Samalah dengan besi buruk; 'buruk' itulah yang memberikan ia harga. Tukar kepada barang lusuh; 'lusuh' itulah yang memberikan ia nilai yang tinggi. Dengan demikian, jangan diilusi dengan perkataan.
Sunday, 25 August 2013
DUDUK DI MANA?
Satu isu? Pastinya tidak. Anda dijemput untuk menghadiri mesyuarat agung PIBG; anda ahli biasa sahaja. 9/11 (mungkin lebih besar) kemungkinan anda akan menonong ke belakang. Tak fikir-fikirpun; jauh sekali mengambil masa untuk buat keputusan. Kalau ada kawan di petak tengah, anda tak keberatan ke situ. Tetapi kalau di barisan depan menggamit; tunggu, nak pergi atau tidak?
Saturday, 24 August 2013
PANDAI YANG TAK BOLEH DIIKUT
Sifat 'pandai' adalah satu ciri yang baik, pastinya. Tapi tak boleh diikut? Suatu yang mengelirukan. Bergantung kepada bagaimana ungkapan 'pandai' dilihat.
Kalau jenis pandai satu ciri yang dikehendaki, contoh pandai masak; pastinya ciri itu patut dipatuhi. Kalau jenis pandai yang tak disukai, contoh pandai memutar belit; pastinya jangan dijadikan ikutan.
Kalau jenis pandai satu ciri yang dikehendaki, contoh pandai masak; pastinya ciri itu patut dipatuhi. Kalau jenis pandai yang tak disukai, contoh pandai memutar belit; pastinya jangan dijadikan ikutan.
Subscribe to:
Comments (Atom)