Tanggap ialah persepsi, Ubah bermakna tidak mahu pada takuk yang sama, Belajar daripada tanggapan dan perubahan
Wednesday, 26 November 2014
Bukannya 'bodoh'
Makin belajar makin terasa 'bodoh' ; dak . Itu petanda masih banyak - amat , amatlah banyak yang kita tak tahu . Amat , amatlah luas peluang untuk belajar , meneroka dan menguji cuba . Bukan ini penghayatan terhadap konsep wal Lah hu 'alam ( ALLAH lebih mengetahui ) .
Tuesday, 25 November 2014
Mengaji Frog VLE
Melakukannya di Ibis Hotel , sebelah stesen LRT Chan Sow Lin . Begitu banyak haiwan , bagaimana pembangun program memilih nama ini ? Ada fox , fly , toad & banyak lagi haiwan ; kenapa pula diputuskan nama 'frog' sbg wahana pembelajaran . Adakah ini akan menambat hati para murid di sek rendah dan menengah . Saya bertanya kpd fasilitor kami ; beliau belum dpt jawapannya . Melihat paparan dlm site frog , tak ketemu saya kan jawapan yg dicari .
Monday, 25 August 2014
BUANG IKUT FORMULA
Nak buang atau tidak? Sama ada buang atau simpan , perlu jelas "simpan untuk apa?" dan "buang kerana pasti tak berguna". Bagi menjawab "simpan untuk apa?" perlu jelas dengan 'apa' tersebut . Kerana peraturan ISO - adakah anda pasti? pernah lihat secara hitam putih? atau sekadar dengar dengar sahaja . "buang kerana pasti tak berguna" - ungkapan pasti memberikan konotasi bulat hati . Bagaimana pula dengan antara pasti dengan tidak? Di sini perlulah buat keputusan sama ada mahu simpan atau terus buang
Sunday, 24 August 2014
MINUM KOKO 3 in 1
Saya perhatikan seorang rakan tu banyak minum kopi tetapi pada satu ketika tu ternampak beliau minum koko 3 in 1 . "Dah beralih ke koko? Kalau nak dikira kafein , koko lebih banyak kafein". Takda respon daripada rakan . "Sekadar berubah rasa" . Ya , memang begitu kita ; kita mungkin akur dengan rationality tetapi pada waktu yang sama kita menurut juga kehendak afektif (dibaca : hati) .
Thursday, 21 August 2014
PINJAM KERETA
Saya baru menamatkan kelas apabila seorang pelajar menghampiri saya ,"Encik , nak pinjam kereta . Nanti saya pulangkan balik kat sini". Tanpa memberikan reaksi hairan atau pelik , saya pun menyeluk saku dan berikan kunci kereta kepada beliau . Tiada apa - apa pesanan spt "bawa baik - baik" . Alhamdullilah saya telah dapat berkongsi anugerah dengan orang ; pelajar yang selama ini baru kami berinteraksi secara formal selama 9 minggu . Sekitar 10 - 15 minit kemudian pelajar pun memulangkan kereta ; rupanya ada tiga orang rakan bersama beliau . Baguslah ! mereka tak segan .
Wednesday, 20 August 2014
Allah Maha Menyusun
Sepatutnya saya hanya membantu APA mengendalikan kursus Bengkel Pengurusan Landskap . Namun Yang Mahu Esa mengatur agar anak rakan itu perlu melalui pembedahan telinga dek penyakit Cholesteatoma www.earsurgery.org/conditions/cholesteatoma . APA sempat emailkan slaid berkaitan isi yang wajar . Dapatlah saya idea tetapi pagi ini , saya ubah pandangan dengan bertanyakan dulu kertas kerja drp RZRO ; apakah objektif kursus? Tiada rupanya , maka sayapun gubal empat tetapi sempat dioperasikan tiga sahaja . Syukur , Allah dah putuskan yg terbaik .
Subscribe to:
Comments (Atom)