Monday, 25 August 2014

BUANG IKUT FORMULA

Nak buang atau tidak? Sama ada buang atau simpan , perlu jelas "simpan untuk apa?" dan "buang kerana pasti tak berguna". Bagi menjawab "simpan untuk apa?" perlu jelas dengan 'apa' tersebut . Kerana peraturan ISO - adakah anda pasti? pernah lihat secara hitam putih? atau sekadar dengar dengar sahaja . "buang kerana pasti tak berguna" - ungkapan pasti memberikan konotasi bulat hati . Bagaimana pula dengan antara pasti dengan tidak? Di sini perlulah buat keputusan sama ada mahu simpan atau terus buang

Sunday, 24 August 2014

MINUM KOKO 3 in 1

Saya perhatikan seorang rakan tu banyak minum kopi tetapi pada satu ketika tu ternampak beliau minum koko 3 in 1 . "Dah beralih ke koko? Kalau nak dikira kafein , koko lebih banyak kafein". Takda respon daripada rakan . "Sekadar berubah rasa" . Ya , memang begitu kita ; kita mungkin akur dengan rationality tetapi pada waktu yang sama kita menurut juga kehendak afektif (dibaca : hati) .

Thursday, 21 August 2014

PINJAM KERETA

Saya baru menamatkan kelas apabila seorang pelajar menghampiri saya ,"Encik , nak pinjam kereta . Nanti saya pulangkan balik kat sini". Tanpa memberikan reaksi hairan atau pelik , saya pun menyeluk saku dan berikan kunci kereta kepada beliau . Tiada apa - apa pesanan spt "bawa baik - baik" . Alhamdullilah saya telah dapat berkongsi anugerah dengan orang ; pelajar yang selama ini baru kami berinteraksi secara formal selama 9 minggu . Sekitar 10 - 15 minit kemudian pelajar pun memulangkan kereta ; rupanya ada tiga orang rakan bersama beliau . Baguslah ! mereka tak segan .

Wednesday, 20 August 2014

Allah Maha Menyusun

Sepatutnya saya hanya membantu APA mengendalikan kursus Bengkel Pengurusan Landskap . Namun Yang Mahu Esa mengatur agar anak rakan itu perlu melalui pembedahan telinga dek penyakit Cholesteatoma www.earsurgery.org/conditions/cholesteatoma . APA sempat emailkan slaid berkaitan isi yang wajar . Dapatlah saya idea tetapi pagi ini , saya ubah pandangan dengan bertanyakan dulu kertas kerja drp RZRO ; apakah objektif kursus? Tiada rupanya , maka sayapun gubal empat tetapi sempat dioperasikan tiga sahaja . Syukur , Allah dah putuskan yg terbaik .