BELAJAR UBAH DENGAN TANGGAPAN
Tanggap ialah persepsi, Ubah bermakna tidak mahu pada takuk yang sama, Belajar daripada tanggapan dan perubahan
Tuesday, 1 March 2016
Sunday, 21 February 2016
PERSARAAN
Menyaksikan ucapan persaraan dua orang rakan. Kebiasaannya bakal pesara akan mengimbau pengalaman-pengalamas lepas bagi menunjukkan bagaimana pengalaman itu memberi impak kepada mereka. Nampaknya tiada. Mungkin mereka tidak terfikir atau berasa gugup apabila berdepan dengan 300 lebih audien. Pastinya dengan pengalaman mengajar lebih 35 tahun , banyak untuk diceritakan. Setiap satu pengalaman tersebut - sukar untuk dipilih sebagai memberikan impak yang palinh 'signifikan'. Selamat bersara rakan.
Wednesday, 19 August 2015
SOTO MAKASAR
Pes soto makasar tak dijumpai di Makasar . Boleh didapati di A-mart , Kempas , Johor Bahru . Hok ini Dr. AAR lebih mahir memasak (?) membancuhnya . Rakan saya ni nampaknya berminat menu jenis mee ini . Bandung Muar satu lagi .
PEMBUGARAN KEMAHIRAN MEMBLOG
Dah lama tak post blog? AlhamdulLAH , setelah lama tak masuk ; dianjur pula kursus akan hal ini . Terima kasih kepada pihak penganjur (Jab Pendidikan Teknik & Vokasional , IPGKTI) . Lebih-lebih lagi terima kasih kepada En. Kamarudin Yusof yang memudah cara kursus ini.
Wednesday, 10 June 2015
UBAH SUAI RUMAH
Lebih kepada mengaccomodate kucing-kucing . Selama ini mereka tinggal bersama-sama kami ; berkongsi sofa yang sama dan malahan ada ketikanya (amat jarang) meja makan yang sama . Petempatan baru ini memang dikhaskan untuk mereka . Dah berjalan kerja hampir sebulan . Diharapkan semua dapat diselesaikan sebelum Ramadan - sekitar seminggu lagi . Insya Allah
AlhamdulLAH dapat juga disiapkan sebelum syawal . Kucing-kucing tu dimasukkan di situ . Kos ? macam rumah kos 'rendah' satu bilik .
AlhamdulLAH dapat juga disiapkan sebelum syawal . Kucing-kucing tu dimasukkan di situ . Kos ? macam rumah kos 'rendah' satu bilik .
Wednesday, 7 January 2015
Pancake
Sejenis adunan yg elemen-elemennya tepung , sedikit garam dan gula ; digabungkan air supaya cair . Kalau dicedok dgn senduk dan kemudian dilepaskan , sepatut mengalir lancar tanpa putus-putus . Dikacau rata hingga sebati ; jangan ada ketulan tepung - kalau perlu dipecah-pecahkan . Diambil bbp scoop / senduk & dituang rata atas kuali leper yg dah diipanas sebelumnya . Setelah 5-6 minit . Jadilah lempeng @ pancake
Wednesday, 26 November 2014
Bukannya 'bodoh'
Makin belajar makin terasa 'bodoh' ; dak . Itu petanda masih banyak - amat , amatlah banyak yang kita tak tahu . Amat , amatlah luas peluang untuk belajar , meneroka dan menguji cuba . Bukan ini penghayatan terhadap konsep wal Lah hu 'alam ( ALLAH lebih mengetahui ) .
Subscribe to:
Comments (Atom)