Saturday, 21 September 2013

KEREPEK KERANGKA

Merangka adalah perbuatan \ aksi merancang dan melakar, manakala kerangka pula hasil drp kerja merangka. Kalaulah begitu, merepek dikatakan sbg perbuatan becakap yg BUKAN-BUKAN; maka hasilnya dah tentu 'kerepek'.

Tuesday, 17 September 2013

TEKSI PUTIH

Ada tanda maklumat di Penang International Airport - lorong paling hampir dengan pintu keluar airport dikhaskan untuk teksi yang keseluruhannya warna putih. The red bus, bagi menggambarkan badan bas yang merah. Satu tanda pengenalan - tujuan business, identiti ataupun ada latar di sebalik nama tersebut. Manusia mengikat sentimen dengan warna. Ada ketikanya takda logikpun. Penyakit kuning bayi ; ada yang fikir tak logik, antaranya "jngan pakai stokin kuning"

Monday, 16 September 2013

UNTUNG BUDAK DULU

"Untung budak-budak sekarang .... pak cik dulu pergi U, takda orang hantar. Ayah beri duit, pesan dan ucap selamat jalan. Budak-budak sekarang berhantar; kalau takda kereta, sekurang-kurangnya dihantar naik teksi"
"Untung pak cik macam tu; dengan sebab tulah anak-anak pak cik menjadi!"

Sunday, 15 September 2013

BENARKAN TAPI TAK SUKA

"Buatlah tapi belum tentu Teman setuju". Ada banyak ketika kita tidak setuju atau boleh terima sesuatu perkara. Sebagai contoh, ada makanan yang kita tak boleh tengok (tempoyak, boleh hilang selera!) tapi kalau perlu juga dihidang kerana ada tetamu, maka hidangkanlah. Sebaliknya ....

Saturday, 14 September 2013

SYILING 2-WAJAH

Sekadar nak beritahu setiap sesuatu boleh dilihat dari dua sudut:-baik/buruk, positif / negatif, dan seterusnya. Bolehlah, sebagai pemula bicara. Hakikatnya, lebih dari dua wajah / dimensi. Lihat saja kubus Rubic - 6? banyak lebih drp itu. Dan bukanlah yang satu tu lebih 'betul' daripada yang lain.

Friday, 13 September 2013

MAKANAN KUALITI

Bila dan di mana anda boleh dapat makanan kualiti?; di hotel 5-bintang yang dimasak oleh selibriti chef?; belum tentu. Di majlis kualiti! Bunyi main-main tu. Apa kurangnya dengan makanan yang disalut dengan warna merah menyala atau yang dikaburi dengan aroma menyucuk hidung? Apabila hinggap pada lidah, jauh panggang dari api. Semuanya mainan ilusi dan persepsi. "Laparlah!", nah- hak ini realiti.

Thursday, 12 September 2013

BUKAN BEGITU "PANDAI!"

Terbaik teman pernah dengar,"bertuah punya budak!". Biasa (dibaca "terburuk") bersarang pada telinga pula,"macam ini, bodoh!". Gambaran ungkapan mencerminkan isi hati penutur. Ungkapan-ungkapan negatiflah yang biasa meniti di bibir; adakah ini menggambarkan sebahagian besar penutur berhati negatif juga? Mungkin 'tidak'; mungkin juga mereka sekadar mewarisi apa yang banyak diucapkan dari masa ke masa. Lantaslah diterima itu sebagai ungkapan yang sesuai untuk situasi berkenaan. Memang bijak.

Wednesday, 11 September 2013

4P LAGI

Salah satu pendekatan pemasaran adalah konsep P ( empat kesemuanya). P:Promotion - menghebahkan  "hei, kami ada barang / perkhidmatan yang nak dijual". Keduanya P:Product atau perkhidmatan; bendanya yang nak ditawarkan kepada manusia. Harga? P:Price, berapa yang hendak dikenakan. Pastinya yang pelanggan sanggup bayar. Di mana dan bagaimana nak dijual? P untuk Place; persoalan lokasi produk / perkhidmatan hendak dipamerkan. Senaraikan berapa P pun yang akan menentukan adalah P:People {sebenarnya P hak ini tiada dalam model konvensional}

Tuesday, 10 September 2013

CAHAYA MATA

Dikaitkan dengan anak. Menggembirakan, menaikkan semangat. Kenapa dibataskan kepada anak padahal ada unsur lain yang turut 'mencahayakan mata'. Misalnya 4P's - faktor motivasi yang sering diuar-uarkan oleh mazhab lama motivasi; jawatan / kedudukan POST, kemuliaan / penghargaan PRESTIGE, kenaikan pangkat / kuasa PROMOTION, wang / aset PAY CHEQUE

Monday, 9 September 2013

DEKAT DAH

"Saya dekat R&R ni; dalam perjalanan ke (??); dekat-dekat tempat awaklah. Tapi bukan ke rumah awak, tau. Ada jemputanlah!"
"Baguslah tu, singgahlah rumah kami. Dah lama kita tak jumpa. Takpa, habis jemputan tu datang aje singgah tempat kami. Lewat pun tak ngapa". Tunggu punya tunggu tak kunjung juga.
"Kat mana ni?"
"Kami dah bertolak dari tempat awak dua jam sudah (selamba)". Apo nak dikato!

Sunday, 8 September 2013

ASALKAN BERGERAK

Patut pilih jogging atau main game? Apa-apalah janji boleh bakar kolesterol! Tapi kalau angkat besi di gym nampak macam eksklusif-suasananya pun air cond. Lihat dari perspektif lain, nampak boring; terlalu structured. Sebenarnya apa yang patut didahulukan? Satu pihak mengatakan "janji keluar peluh!". Agak  pelik kerana yang bercakap tu pekerja manual.

Saturday, 7 September 2013

KURANGKAN GULA

Seruan kerajaan sejak dulu-dulu lagi. Harga gula naik, disambut dengan (antaranya),"lepas ni teman nak kurang gula!". Tinggal sekadar harapan saja. Yang pasti ungkapan yang lebih popular,"tak manis tak sedaplah". Taakulan demi taakulan tentang buruknya gula rasanya dah cukup mendalam. Hanya yang kurang adalah pengorbanan untuk melepaskan diri daripada dominasi 'si Manis' itu.

Friday, 6 September 2013

10000 LANGKAH

Baguslah, kita dah dapat catat Malaysia Books of Records (10000 langkah catat sejarah, 10 Sept 2010; http://www.bharian.com.my/articles/10_000langkahcatatsejarah/Article/) . Dalam berita tersebut diungkapkan,"program ... perlu berikutan hasil tinjauan ... menunjukkan kadar prevalen diabetes ... meningkat ..".Meskipun begitu bukan semata-mata atas dasar diabetes tetapi lebih umum lagi iaitu (dalam berita itu juga), "dapat menggalakkan amalan gaya hidup sihat"

Thursday, 5 September 2013

PLAT 5050

Pernah nampak nombor plat kenderaan 5050? Lihat elok-elok; boleh dibaca sebagai "SO - SO" , bukan? Kamus memberikan makna sebagai 'tidak baik , tidak buruk; sederhana ' ( http://www.merriam-webster.com/dictionary/so-so ). Apa persepsi tentang pemandu atau pemilik kenderaan berkenaan? Adakah so-so juga? Nampaknya perlu ditimbangkan untuk memililih angka 5050; bukan sekadar estetika.

Wednesday, 4 September 2013

SIAPA TUAN PUNYA?

Empunya barang ni siapa? Demikian pertanyaan kita berhubung sesuatu aset atau benda fizikal. Dalam zaman ICT ini, siapa empunya maklumat tersebut. Itu belum lagi siapa yang boleh mengesahkan bahawa maklumat itu memang sebenar-benarnya datang daripada beliau. Ambil contoh blog, banyak maklumat dalamnya. Adakah blog tersebut sumber asal (yang original?). Zaman sekarang cabarannya sudah berubah.

Tuesday, 3 September 2013

KERANA KARDIOVASKULAR

Amat jarang warga senior bersenam kerana kardiovaskular - aspek kesihatan yang berkaitan jantung dan  salur darah. Mereka bersenam lebih kerana perut; mereka macam 'benci' dengan perut spare tyre. Mereka tak suka pandangan non-slim. Diringan-ringankan aspek jantung / salur darah padahal unsur inilah yang menggerakkan organ yang lain. Ambillah jalan yang berimbang. Panjang manfaatnya.

Monday, 2 September 2013

TARIK SELIMUT.

Hujan lebat di luar, sejuk; tak boleh keluar menoreh. Apa yang boleh dibuat? Nak tidur semula tak lelap mata (kalau budak-budah memang enak dia; merengkuk dalam selimut. Selama ni pun, hari biasa; puas kejut bangun pergi kebun noreh). Rutin selama ini memang bangun sebelum subuh dan mula 'menyembah' pokok getah. Itulah cerita lampau tahun 1950 - 60an. Ada apa-apa beza dengan sekarang?

Sunday, 1 September 2013

BERALIH TEMPAT.

Kata  orang-orang tua, kalau budak-budak makan banyak beralih tempat, nanti kahwin banyak. "Yahuu!"; rasanya takde budak-budak bersorak teruja.
"hii, takut!", akur budak-budak dulu. Hebat orang-orang dulu mentadbir masa makan anak cucu. Handal mereka mengurus masa depan tu. Mereka dah ada satu indikator untuk mengagak besar kecil keturunan mereka.

Saturday, 31 August 2013

KISAH TAK KISAH

"Nak makan apa?", kawan P mula bicara.
"Tak kisah, apa-apapun boleh!", rakan Q membalas hambar.
Ini bukan kes Q yang tidak boleh buat keputusan; bukan juga seorang yang tak prihatin. Itulah keputusannya: apa yang P pilih, dia akan makan. Dia prihatin sebab tak mahu memeningkan kawan. Hanya yang menjadi persoalan orang yang beri belanja tidak boleh buat keputusan. Lebih tenat lagi, kawan nak belanja ni prihatin rakannya prihatin."Kita nak makan apa ni?".

Friday, 30 August 2013

ALA KADAR

"menurut kemampuan atau kesanggupan", demikian dinyatakan oleh Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ala+kadar). Kalau begitulah keadaan mereka yang menganjurkan majlis,"alah, ala kadar aje!"; ditafsirkan secara umum dikatakan sebagai buat kecil-kecilan, dalam lingkungan bajet, dalam skop yang si penganjur boleh tanggung, bahawa si tuan rumah perlu serius berjimat cermat. Kalau begitulah ungkapannya, boleh tak dikatakan mereka yang berbelanja secara 'sederhana' atau 'besar-besaran', hakikatnya berbuat demikian luar daripada kemampuan mereka?

Thursday, 29 August 2013

LAMPU KUNING

Satu petanda bersedia untuk ... berhenti (begitu menurut pembelajaran pemandu L) atau memecut sebelum naik lampu merah (pemikiran pemandu senior). Seiring dengan perkembangan ini, ada pula lampu isyarat yang menyertakan counter countdown. Lebih membantu kerana lebih tepat dalam persediaan pemandu dan kurang stres kepada mereka. Apanya tidak. Tanpa counter, pemandu perlu mencongak berapa lama warna kuning itu bertahan. Dengan adanya counter, pemandu boleh mengagak berdasarkan perkiraan 4 - 3 - 2 - 1.

Wednesday, 28 August 2013

RUMAH TERBUKA

Open house, kerapkali dianjurkan sempena sesuatu khususnya perayaan. Hari kebesaran, meraikan kejayaan atau kemenangan, hari ulang tahun - kesimpulannya sesuatu yang istimewa. Hakikatnya semua itu berlaku dan dijayakan dalam sekitaran sosial dan interaksi antara individu. Jika demikianlah rupanya kenapa tak dianjurkan rumah terbuka tanpa sempena apa-apa yang special; berikanlah nama sekadar 'Hari terbuka perbaharui persahabatan'.

Tuesday, 27 August 2013

PANGGILAN MESYUARAT

Pelbagai reaksi apabila mendapat pelawaan ini. Mencemaskan? Satu penghargaan? Menyeronokkan? Membosankan? Ringkasnya .... "mengapa saya dipanggil?" Yang pastinya sesi mesyuarat akan merangkum waktu yang agak panjang. Apa yang nak dilakukan dalam waktu itu; khususnya jika sesi mengambil masa yang meleret-leret? Jelas pengurusan masa  juga dikaitkan dengan menggunakan masa dengan cara yang terbaik di celah-celah sibuk menjalankan tugas yang lain.

Monday, 26 August 2013

BATU LEBIH BERHARGA DARIPADA EMAS

Tak percaya? Perhatikan, "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; lebih elok di negeri sendiri". Memang tak dinafikan secara stand-alone memang batu nilainya lebih rendah daripada  emas. Tapi kalau dilihat secara keseluruhan (mengambil kira pelbagai faktor) ada ketikanya batu lebih mahal drp emas. Samalah dengan besi buruk; 'buruk' itulah yang memberikan ia harga. Tukar kepada barang lusuh; 'lusuh' itulah yang memberikan ia nilai yang tinggi. Dengan demikian, jangan diilusi dengan perkataan.

Sunday, 25 August 2013

DUDUK DI MANA?

Satu isu? Pastinya tidak. Anda dijemput untuk menghadiri mesyuarat agung PIBG; anda ahli biasa sahaja. 9/11 (mungkin lebih besar) kemungkinan anda akan menonong ke belakang. Tak fikir-fikirpun; jauh sekali mengambil masa untuk buat keputusan. Kalau ada kawan di petak tengah, anda tak keberatan ke situ. Tetapi kalau di barisan depan menggamit; tunggu, nak pergi atau tidak?

Saturday, 24 August 2013

PANDAI YANG TAK BOLEH DIIKUT

Sifat 'pandai' adalah satu ciri yang baik, pastinya. Tapi tak boleh diikut? Suatu yang mengelirukan. Bergantung kepada bagaimana ungkapan 'pandai' dilihat.
Kalau jenis pandai satu ciri yang dikehendaki, contoh pandai masak; pastinya ciri itu patut dipatuhi. Kalau jenis pandai yang tak disukai, contoh pandai memutar belit; pastinya jangan dijadikan ikutan.